Ramai yang risau bila
selera makan bertambah kerana takut nanti tidak
dapat untuk kuruskan badan kalau asyik makan saja.
Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza:
Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang
berbeza) ketika berdiet SD2, makan anda patut merasa
gembira kerana injin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan
kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa.
Apabila kita kurang makan untuk menggalas perut kita, makan
badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu,
pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan kerana
berdiet dengan SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan.
Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat
dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga
tahap kandungan kharbohidrat di dalam makanan yang kita ambil tidak melebihi
35gm sehari.
Namun begitu, SELERA makan
anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan
atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang
menyebabkan kandungan gula di dalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan)
yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan
atau craving. Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan
manakah yang mengandungi guka atau bijiran yang telah diproses yang telah anda
makan.
Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil
protein serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka
pergilah makan lagi kerana ketika berdiet SD2 TIDAK ADA PANTANG UNTUK KURANG MAKAN. Apabila
anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka
rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang. Jika anda
masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah
anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada
jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan
anda. InsyaAllah anda pasti dapat turunkan berat badan dengan mengamalkan SD2
tanpa berlapar.
so
peace..:)

No comments:
Post a Comment