Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SD
II? Ikutlah peraturan-peraturan di bawah ini untuk memastikan program diet
anda ini berjaya.
1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN
Makan 3 kali sehari dgn saiz sederhana
atau 4 - 5 kali sehari, tetapi dengan kuantiti yang kecil pada setiap
pengambilan.
2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU
KITA JAGA
Boleh juga mengambil snek setiap 4 jam
(bawalah sosej rebus/ telur rebus/ telur hancur sebagai bekalan) atau makan
setiap kali anda merasa lapar.
3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP
Makan protien dalam bentuk lauk-lauk
seperti ikan, daging, telur, ayam, itik dan seumpamanya dan makanlah sehingga
anda kenyang dgn selesa dan bukan terlalu kenyang. Juga supplement dengan
memakan SDII sebanyak 2 skop sebanyak 4 kali sehari.
4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT
SETIAP HARI
Ada juga yang berpendapat mengatakan
tidak boleh melebihi antara 20 - 35 gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang
mempunyai Tahap Kritikal Karbohidrat untuk pembakaran lemak yang berbeza-beza.
Sebenarnya 35 grams karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang
ada di dalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang
rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi
had 35 gram karbohidrat setiap hari. Walaubagaimanapun, untuk kesan yg drastik,
cuba tinggalkan kesemua kabohidrat dan gula untuk 7 hari - 14
hari pertama berdiet.
5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI,
PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT
DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET
Boleh makan sayuran hijau (tak
berkanji), tomato dan buah avocado yang rendah karbohidrat.
6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER AIR KOSONG
SETIAP HARI
Kumuhan atau sisa pembakaran lemak
iaitu ketone perlu dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Sekiranya kurang
dari 2 liter, sisa pembakaran lemak tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan
berat badan anda tidak akan turun.
7. HINDARI MINUMAN BERKEFEIN SEPERTI KOFEE, TEA
DAN MINUMAN RINGAN DAN BERGAS
Meminum kafein akan menyebabkan
kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih
gula.
8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1
GRAM NET KARBOHIDRAT
Gunakanlah sucralose (splenda),
saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan
sekiranya perlu. Berhenti terus minuman manis, bergas dan bergula.
9. JIKA ANDA MAKAN DI LUAR, BERHATI-HATI DENGAN
KABOHIDRAT YG TERSEMBUNYI
Tepung gandum, tepung jagung dan gula
adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings. Sos cili dan tomato
mengandungi karbohidrat yg tinggi.
10. JANGAN MENYANGKA SEMUA MAKANAN MEMPUNYAI
KARBOHIDRAT YG RENDAH
Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada
setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram
counter) untuk memastikan anda tidak memakan lebih dari 35g karbohidrat sehari
supaya badan anda masih boleh membakar lemak terkumpul
No comments:
Post a Comment